Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor
syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya
ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di
hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam
daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari
bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila
berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam
lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT
memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yang
bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,
pahala nabi - nabi serta Allah melimpahkan padanya
rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati
syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika
dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan
kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W.
bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..." Wassalam,
"Utamakan SELAMAT dan sihat untuk Dunia Mu,
Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu
SEJARAH AYAT KURSI Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa
penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu
malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya
satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah
s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk
setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi
dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau
hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah
dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya
bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut
keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa
mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18
kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya
dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang
akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang
membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah
Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa
pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,
Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat
Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk
dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan
kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi
Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan
ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta
perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan
syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan
memberikan keselamatan ketika dalam
perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru
maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-
Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar
daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam
lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada
masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara
akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli
rumah - rumah di sekitarnya. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang
bersyukur perbuatan orang yang benar, pahala nabi -
nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat
kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia
adalah seperti orang yang berperang bersama nabi
Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang
membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan
kepadanya.